8.6.11

Kita yang sementara.

“Mak ayah saya accident.  Saya on the way balik rumah.” Aku baca mesej, terkejut.

“Sabar, InsyaAllah semuanya selamat.” Aku tak pandai selesakan keadaan, yang mana aku tahu sedang tidak selesa.

Mungkin itu saja template yang dalam minda yang paling sesuai untuk digunakan apabila ada ahli keluarga yang dicabut nyawa.

Lama.

“Mak ayah saya dah tak ada.  Tak dapat diselamatkan.” Aku baca mesej, tergamam.

Mesej yang aku balas, macam biasa. Klise.  Sedikit ucap takziah dan kata-kata semangat, minta kau kuat.  Minta kau sabar, sabar dan sabar.

Semua orang akan mesej benda yang sama, aku pasti. 

Sampai ke malam, aku tak pasti apa yang patut aku buat. 

If you need anything, just let me know.” Aku mesej, takut-takut.

Hari-hari berikutnya berlalu dengan aku sebagai teman paling setia.  Menemani luka-luka kehilangan cinta, bukan wanita, tetapi ibu bapa.  Aku menemankan setiap keluh dan duka.

Pagi hari jadi, “Happy birthday. Tuan puteri dah bangun?” Aku senyum.

Aku tak jemu berdamping dengan kau sepanjang tempoh berkabung ini.  Aku pasti kau perlukan teman untuk berkongsi sedih hati.

“Nanti saya balik K.L, kita keluar ya?”

“Nak pergi mana?”

“KLCC. Saya nak belanja awak, kita celebrate birthday.”

Hari itu, KLCC malu-malu.  KLCC.  Mana lagi yang kita boleh pergi?  Wayang, Kinokuniya, Taman KLCC.

Bagi aku yang bahagia sendiri-sendiri, aku rasa semuanya sempurna.  Cuma interest kita nampak sangat berbeza.

Balik malam itu, esoknya, lusanya, kau hilang.

Bukan silap kita, bila tiba-tiba kau sudah bawa gadis lain ke Taman KLCC, kerusi yang sama.

Bukan salah kita, bila aku cuma mampu jadi tuan puteri kau di waktu tempoh berkabung yang kau terlalu perlukan seseorang, sesiapa sahaja.

Bukan salah kita.

Terima kasih untuk hadiah hari jadi tempoh hari. 

No comments:

Post a Comment