19.10.11

Si gadis tanpa benar.

Subuh tadi dia terjaga. 
Dia gadis. 
Gadis yang barusan selesai bercerita kepada malam, tentang jiwa dia yang terkurung, terpenjara. 
Dipenjara. 
Tanpa dia rela, semua rasa dan keinginan itu dipaksa untuk bersembunyi, jangan terbiar diketahui.  
Dia terasa seolah pembohong, juga dibohong.  
Dia disuruh mempamer senyum, disuruh oleh dirinya sendiri yang terperangkap sunyi.  
Disuruh dirinya sendiri menjadi gagah dan berani. 
Dia berbohong kepada dunia tentang bahagia yang dia ada.  
Dia dibohongi diri sendiri tentang bahagia yang dia bohong kepada dunia.  
Jiwanya terperosok. 
Dia sudah hilang cerita benar tentang dunia gadisnya.
Sebagai gadis, dia sekarang cuma menyimpan apa yang benar di dalam sunyi hatinya.

Mana-mana.

Kata putus itu cuma ada satu.  
Dan untuk sebuah gembira atau airmata, salah satu bakal kamu dapatkan jua walau apa saja keputusanmu. 
Percayalah, tidak kira gembira atau airmata, mana-mana antara dua itu bakal mengiring kamu ke dewasa. 

14.10.11

shbk - nf

Dia cerita tentang rusuk kiri, yang telah pergi.
Kemudian di suatu tarikh lalu ada yang datang menawarkan diri tetapi tidak diingini. 

Cerita kami.

Kami menanti lambungan ombak cinta memukul kami di pantai bersih ini.
Kami menanti dipukul deras air untuk kami memadukan rasa yang kami kongsi ini. 
Kami menanti desir pasir yang membara bahangnya membakar kaki kami agar kami tersedar dari lamunan kami.
Kami menanti angin sepoi memukul pipi kami agar terasa sayupnya meraikan cinta kami yang tersulam di dalam hati.

Kami menanti untuk membina cinta unggul yang tidak dipunya siapa-siapa ini, di pantai bersih, bersama ombak, dipukul deras air, dengan desir pasir dan sepoi angin yang menginspirasi kami.  

30.6.11

Ada atau tidak?

Waktu itu, waktu awak ambil keputusan yang awak putuskan sekarang ini, ada atau tidak sedikit pun awak terfikirkan saya?  
Waktu itu, waktu awak gembira mencapai kata sebulat suara, ada atau tidak sedikit pun awak terfikirkan saya?
Saya, yang lama dahulu awak taburkan janji.  
Saya, yang lama dahulu awak kata akan awak cinta sampai mati.  
Sekarang apa yang awak janjikan dulu, awak kotakan.  
Cuma bukan pada saya.  
Pada dia.  
Waktu itu, waktu awak kotakan janji-janji awak untuk saya kepada dia, ada atau tidak awak terfikirkan saya?  

19.6.11

Hati

Di antara kaki-kaki yang melintas tadi, ada sebuah non-fiksi yang tidak pernah menjadi hati.

13.6.11

Kertas-kertas hijau di dalam botol kaca.

Malam ini, aku buka penutup botol kaca yang penuh berisi kertas-kertas hijau berlipat kecil.  Aku balingkan helai demi helai yang bertinta hatiku di situ, biar ia terbang ke langit menemuimu. 

8.6.11

Kita yang sementara.

“Mak ayah saya accident.  Saya on the way balik rumah.” Aku baca mesej, terkejut.

“Sabar, InsyaAllah semuanya selamat.” Aku tak pandai selesakan keadaan, yang mana aku tahu sedang tidak selesa.

Mungkin itu saja template yang dalam minda yang paling sesuai untuk digunakan apabila ada ahli keluarga yang dicabut nyawa.

Lama.

“Mak ayah saya dah tak ada.  Tak dapat diselamatkan.” Aku baca mesej, tergamam.

Mesej yang aku balas, macam biasa. Klise.  Sedikit ucap takziah dan kata-kata semangat, minta kau kuat.  Minta kau sabar, sabar dan sabar.

Semua orang akan mesej benda yang sama, aku pasti. 

Sampai ke malam, aku tak pasti apa yang patut aku buat. 

If you need anything, just let me know.” Aku mesej, takut-takut.

Hari-hari berikutnya berlalu dengan aku sebagai teman paling setia.  Menemani luka-luka kehilangan cinta, bukan wanita, tetapi ibu bapa.  Aku menemankan setiap keluh dan duka.

Pagi hari jadi, “Happy birthday. Tuan puteri dah bangun?” Aku senyum.

Aku tak jemu berdamping dengan kau sepanjang tempoh berkabung ini.  Aku pasti kau perlukan teman untuk berkongsi sedih hati.

“Nanti saya balik K.L, kita keluar ya?”

“Nak pergi mana?”

“KLCC. Saya nak belanja awak, kita celebrate birthday.”

Hari itu, KLCC malu-malu.  KLCC.  Mana lagi yang kita boleh pergi?  Wayang, Kinokuniya, Taman KLCC.

Bagi aku yang bahagia sendiri-sendiri, aku rasa semuanya sempurna.  Cuma interest kita nampak sangat berbeza.

Balik malam itu, esoknya, lusanya, kau hilang.

Bukan silap kita, bila tiba-tiba kau sudah bawa gadis lain ke Taman KLCC, kerusi yang sama.

Bukan salah kita, bila aku cuma mampu jadi tuan puteri kau di waktu tempoh berkabung yang kau terlalu perlukan seseorang, sesiapa sahaja.

Bukan salah kita.

Terima kasih untuk hadiah hari jadi tempoh hari. 

5.6.11

Falsafah cinta yang tidak punya makna.

Kita boleh membaca berbagai-bagai jenis falsafah mengenai cinta, lalu mempercayainya.
Tetapi pabila kita betul-betul di alam cinta yang dikata, segala falsafah itu entah kemana-mana gunanya.

Pop Pop Cinta

Bukanlah aku kejam.  Bukan juga aku sengaja.  Cuma aku tak dapat tahankan senyum aku untuk padankan muka kau bila sekarang kau kesakitan kehilangan dia.